Sejarah PSS SKBBP
Nama sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda diambil sempena
nama sebuah Bandar baru di Bukit Mertajam iaitu Bandar Perda. Sekolah
Kebangsaan Bandar Baru Perda telah mula dibuka pada Januari pada tahun 2002
dengan menumpang di bangunan Sekolah Menengah Bandar Baru Perda dan bangunan
sekolah mula digunakan pada Jun 2002, dengan
seramai 17 orang guru dan 360 orang murid dari tahun satu hingga tahun
empat sahaja iaitu sebanyak 12 kelas.Guru Besar pertama ialah En. Muhammad
Syukri bin Abdul Rahman.
Pusat Sumber Sekolah telah dibuka sepenuhnya pada bulan Mac
2003, setelah kerusi, meja, rak-rak buku disusun dan buku-buku diproses. Bilik
Perpustakaan telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pinjaman dan
Bahagian Rujukan.Buku-buku telah diterima daripada Kementerian Pendidikan untuk
sekolah-sekolah baru.
Penyelaras Pusat Sumber Pertama ialah En. Hilmi bin Muhd
Zain dari Jun-Julai 2002. Kemudian Pn. Hasnah binti Othman dilantik sebagai
Penyelaras Pusat Sumber dari Ogos 2002 sehingga sekarang. Pengawas pada mulanya
seramai 12 orang melibatkan murid-murid tahun 4,5 dan 6. Bilangan pengawas
sekarang seramai 27 orang.
Proses peminjaman buku bagi murid tahap dua telah dimulai
pada bulan April 2003. Waktu peminjaman ialah pada waktu rehat mengikut jadual yang telah ditetapkan dan
Pengawas Pusat Sumber bertugas dengan
diawasi guru-guru PSS.
Pusat Sumber juga telah menerima sebuah TV warna 29” dan
sebuah VCD yang ditempatkan di bilik Audio Visual pada tahun 2003. Pada awal
November 2004
Pusat Sumber Sekolah juga telah menerima ASTRO.
Pusat sumber juga telah dipasang dengan tikar getah. Di
bilik Perpustakaan tikar getah telah dihadiahkan oleh seorang guru SK Bandar
Baru Perda dan di bilik Audio Visual tikar getah telah dibeli oleh sekolah.
Sehingga sekarang terdapat
sebanyak 11,000 buah buku dengan bilangan guru seramai 74 orang dan
murid seramai 1,500 orang.Pusat Sumber
juga telah menyediakan kemudahan penggunaan Perpustakaan kepada guru dan murid
mengikut jadual, peminjaman buku, penggunaan bilik Audio Visual,mesin
laminating dan surat khabar dengan bilik
berhawa dingin. PSS SKBBP diurus dan ditadbirkan mengikut struktur organisasi
Jawatankuasa Induk, Kerja dan Pengawas.