Wednesday, March 8, 2017

PENGENALAN



Nama Sekolah Kebangsaan  Bandar Baru Perda diambil sempena nama sebuah Bandar baru di Bukit Mertajam iaitu Bandar Perda.

Sekolah ini dibuka pada bulan Januari 2002 dengan menumpang di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda, Pada masa itu, jumlah murid adalah seramai 360 orang dan guru seramai 17 orang. Kelas yang dibuka pada masa itu ialah dari tahun satu hingga tahun 4 iaitu sebanyak 12 kelas.

Bangunan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda siap sepenuhnya pada bulan Mei 2002. Pada 13 Mei 2002 Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda telah beroperasi sepenuhnya. Pada masa itu kelas yang ada ialah Al-Mawardi, Al-Sufi, Al-Batani dan Al-Farabi.

No comments:

Post a Comment