Nama
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda
diambil sempena nama sebuah Bandar baru di Bukit Mertajam iaitu Bandar Perda.
Sekolah
ini dibuka pada bulan Januari 2002 dengan menumpang di bangunan Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda, Pada masa itu, jumlah murid adalah
seramai 360 orang dan guru seramai 17 orang. Kelas yang dibuka pada masa itu
ialah dari tahun satu hingga tahun 4 iaitu sebanyak 12 kelas.
Bangunan
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda siap sepenuhnya pada bulan Mei 2002. Pada
13 Mei 2002 Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda telah beroperasi sepenuhnya.
Pada masa itu kelas yang ada ialah Al-Mawardi, Al-Sufi, Al-Batani dan
Al-Farabi.